Menjadi guru super bukan satu impian, tetapi satu kewajipan. Para pendidik wajib menjadi guru yang terbaik dalam perjuangan memandaikan anak bangsa.
Bukan mudah mahu menyantuni pelajar, melayan kerenah rakan sekerja, dan sekali gus mentadbir seluruh sekolah. Walau bagaimanapun, seorang guru super pasti dapat memikul amanah ini dengan sebaik-baiknya.
Dalam buku ini, penulis berkongsi cerita, ilmu, dan pengalaman beliau mendidik para pelajar dan mentadbir sekolah. Kata-katanya bersulam nasihat, tegurannya lembut dalam ketegasan, dan didikannya meresap ke dalam hati. Antaranya adalah:
- Kaizen dan penambahbaikan yang berterusan
- Belajar daripada kejayaan orang lain
- Menawan hati orang atasan dengan prinsip Pemimpin 360ยบ
- Anak yang baik mendengar kata
Falsafah guru super:
- Rancang dengan teliti,
- Usaha tanpa henti,
- Tukar impian jadi realiti,
- Kerja sepenuh hati,
- Kejayaan sama-sama dinikmati,
- Rehat selepas mati,
- Di akhirat syurga menanti.
Format: Paperback
ISBN-13: 978-967-369-132-6
Tarikh Terbit: 31 Jan 2012
Jumlah Muka Surat : 272
Berat(kg): 0.35
Penulis: Khuzaimah Sulaiman
Penerbit: PTS Professional
===========================
===========================
RM 18.00 |
Add to Cart |
Isi Kandungan Bahagian 1 : Benarkah Kata Pelajar… Bab 1 Cikgu – Penyayang Bab 2 Cikgu – Berwawasan Bab 3 Cikgu – Motivator Bab 4 Cikgu – Sumber Inspirasi Bahagian 2 : Benarkah Kata Staf Sokongan… Bab 5 Cikgu – Bercita-cita Tinggi Bab 6 Cikgu – Bersungguh-sungguh Bab 7 Cikgu – Teliti Bab 8 Cikgu – Tidak Mengira Waktu, Tenaga dan Wang Ringgit Bab 9 Cikgu – Menyinari, Membangun dan Memajukan SHAMS Bab 10 Cikgu – Membimbing Bab 11 Cikgu – Motivator Bab 12 Cikgu – Memahami dan Prihatin Bab 13 Cikgu – Tegas tetapi Berhati Lembut Bab 14 Cikgu – Bertimbang Rasa dan Adil Bab 15 Cikgu – Menghargai Bab 16 Cikgu – Memberi Peluang Sama Rata Kepada Guru dan Staf Sokongan Bab 17 Cikgu – Mesra Bekerja Dalam Satu Pasukan dan Mudah Didekati Bahagian 3 : Benarkah Kata Guru… Bab 18 Cikgu – Jurumudi dan Sumber Inspirasi Bab 19 Cikgu – Motivator dan Penggerak Budaya Kerja Cemerlang Bab 20 Cikgu – Membina Budaya Kerja Berpasukan Bab 21 Cikgu – Berwawasan dan Berpandangan Jauh Bab 22 Cikgu – Peneraju Kegemilangan Bab 23 Cikgu – Menjana Budaya Kerja Penyu Bab 24 Cikgu – Membudayakan Belajar Sepanjang Hayat Bab 25 Cikgu – Bekerja Kuat, Genggam Bara Api Biar Sampai Jadi Arang Bab 26 Cikgu – Pemergianmu Sukar Diganti Bab 27 Cikgu – Baik, Berbudi dan Berjasa Bahagian 4 : Benarkah Kata Guru Penolong Kanan… Bab 28 Cikgu – Kreatif Bab 29 Cikgu – Inovatif Bab 30 Cikgu – Pemimpin yang Hebat Bab 31 Cikgu – Pembimbing Bab 32 Cikgu – Tegas Dalam Kelembutan Bab 33 Cikgu – Mengambil Kira Kebajikan Semua Bab 34 Cikgu – Mempunyai Kesabaran Tinggi Bab 35 Cikgu – Teliti Dalam Melakukan Sesuatu Bab 36 Cikgu – Ghairah Buat yang Terbaik Bab 37 Cikgu – Berkeperihatinan Tinggi Bab 38 Cikgu – Dapat Membuat Keputusan Cepat dan Tepat Bab 39 Cikgu – Mesra dan Mudah Didekati Bab 40 Cikgu – Mengaplikasi Kaizen Bab 41 Cikgu – Kuat Bekerja Bab 42 Cikgu – Berprinsip Bab 43 Cikgu – Meninggalkan Hasil Kerja Cemerlang Penutup Lampiran 1: Teks Ucapan Wakil Pelajar Lampiran 2: Teks Ucapan Wakil Staf Sokongan Lampiran 3: Teks Ucapan Wakil Guru Lampiran 4: Teks Ucapan Guru Penolong Kanan
Lampiran 5: Laporan Kajian Penanda Arasan di SMKA Sheikh Hj Mohd Said, Seremban (petikan buku: Amalan-Amalan Terbaik Pengurusan dan Kepimpinan Sekolah Menengah Malaysia, IAB, 2005)
|
No comments
Post a Comment