Sabar adalah bukti ilmu yang dalam dan keyakinan yang kuat kepada Allah s.w.t. Mukmin yang sabar, tegar menggenggam semangat yang kuat bagi meraih kejayaan dunia dan akhirat. Sesungguhnya, Allah s.w.t. menjanjikan pahala yang tidak terbatas dan darjat yang tinggi kepada orang-orang yang bersabar.
Antara kupasan Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi berkenaan topik sabar seperti yang dinyatakan dalam Al-Quran adalah:
- Hakikat Sabar dalam Al-Quran
- Hukum dan Keperluan Bersabar
- Pembahagian Sabar dalam Al-Quran
- Kedudukan dan Darjat Orang-Orang yang Sabar dalam Al-Quran
- Kisah Para Nabi dan Rasul Terdahulu yang Sabar
- Perspektif Al-Quran Berkenaan Sabar
============================
Format: Paperback
Saiz: 6 x 9 inci
ISBN-13: 978-967-0127-58-3
Tarikh Terbit: 19 Jul 2013
Jumlah Muka Surat : 264
Saiz: 6 x 9 inci
ISBN-13: 978-967-0127-58-3
Tarikh Terbit: 19 Jul 2013
Jumlah Muka Surat : 264
Berat(kg): 0.35
Kategori: Islam, Al-Quran
Penulis: Dr. Yusuf Al-Qaradhawi,
Penerbit: PTS Darul Furqan
============================
RM 17.00 |
Add to Cart |
Review
Dalam Al-Quran, sabar adalah akhlak yang paling banyak disebut. Para ulama berbeza pandangan tentang berapa kali perkataan sabar diulang dalam Al-Quran. Ada menyatakan lebih 70 kali dan ada yang menyatakan lebih 90 kali. Sebahagian ulama mengatakan, “Apakah ada perkataan yang lebih mulia daripada perkataan sabar yang Allah s.w.t. nyatakan lebih daripada 90 kali? Kami tidak mengetahui perkataan yang lebih banyak dinyatakan oleh Allah s.w.t. dalam kitab-Nya melainkan perkataan ini.”
Sabar bermaksud menahan jiwa daripada sesuatu yang dibenci bagi mendapatkan keredhaan Allah seperti yang dinyatakan dalam surah Ar-Rad, ayat 22, “Orang-orang yang bersabar kerana mengharapkan keredhaan Tuhan mereka semata-mata.” Dan mendapatkan keredhaan Allah sememangnya menjadi matlamat tertinggi buat orang yang beriman.
Memahami pengertian sabar yang sebenar menjadikan kita kehidupan kita lebih bahagia dan diredhai Allah. Tiada keluh-kesah dan rasa gelisah bagi orang yang sabar. Hatinya tenang dengan mengingati Allah. Dirinya mampu bersabar kerana dia yakin bahawa Allah sentiasa bersama orang yang sabar. Sesungguhnya Allah bersama orang yang beriman. Itulah janji Allah dalam Al-Quran.
Buku ini mengupas pelbagai persoalan tentang sabar daripada perspektif yang berbeza. Kita akan memahami hakikat sabar menghadapi ujian, sabar mentaati Allah, sabar dalam peperangan, dan pelbagai jenis sabar dalam pelbagai situasi tertentu. Buku ini dikayakan dengan perbahasan tentang sabar yang sebenar berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah serta pandangan para ulama yang lain. Pelbagai persoalan tentang sabar dihuraikan secara terperinci oleh Sheikh Yusuf Al-Qardawi berdasarkan kekuatan ilmu, pengalaman, serta kefahaman beliau dalam soal agama.
Pastinya buku ini menjadi satu kemestian untuk dibaca oleh umat Islam yang senantiasa stres, tertekan, dan gelisah dengan pelbagai cabaran di dunia ini. Memahami hakikat sabar akan menjadikan kehidupan kita bertambah tenang dan bahagia. Bersabarlah dan kita pasti beruntung.
"Sungguh ajaib bagi seorang mukmin, semua perkara itu baik baginya, dan perkara itu tidak dimiliki oleh sesiapapun kecuali orang mukmin. Jika dia mendapat kesenangan dan dia bersyukur, itu adalah kebaikan baginya. Jika dia ditimpa musibah dan dia bersabar, itu juga kebaikan baginya."
(Direkodkan oleh Muslim)
Isi Kandungan Bab Pertama: Hakikat Sabar dalam Al-Quran
Bab 2: Pembahagian Sabar Dalam Al-Quran
Bab Ketiga: Kedudukan Sabar dan Orang-Orang yang Sabar dalam Al-Quran
Bab 4: Golongan Sabar yang Disebut oleh Allah dalam Al-Quran
Bab 5: Perspektif Al-Quran Tentang Definisi Sabar
|
No comments
Post a Comment