Magnet Diri: Cipta Diri Lebih Berpengaruh dan Berjayaadalah nukilan khusus Amin Idris untuk semua lapisan masyarakat. Daripada seorang ahli politik, pegawai kerajaan, pendakwah, usahawan, eksekutif, staf, petugas organisasi, pensyarah, guru, mahupun seorang individu biasa, buku ini begitu relevan dalam meningkatkan kualiti diri khususnya dalam hidup bermasyarakat.
Buku ini terbahagi kepada tiga bahagian iaitu:
- Analogi yang menerangkan anjakan paradigma, perkara asas, prinsip, dan falsafah.
- Energi yang menjelaskan persoalan penerimaan diri dan bagaimana mengoptimumkan prestasi serta potensi diri.
- Sinergi, iaitu bagaimana teknik menjadikan diri kita lebih menarik sekali gus membuatkan orang lain rasa tertarik apabila bersua dengan kita.
- Cadangan tindakan susulan sama ada dalam bentuk tip, kesimpulan, senarai tindakan, dan ringkasan.
- Terdapat juga beberapa aktiviti interaktif melalui borang-borang aktiviti.
- Teori-teori dalam bentuk realistik.
- Tip berpengaruh daripada individu berpengaruh.
Apa yang dikongsikan dalam buku ini sebenarnya bukan sesuatu yang baru. Malah falsafah, petua, dan tip yang terkandung dalam buku ini adalah sesuatu yang fitrah dan diketahui umum, tetapi ia semakin dilupakan. Hal ini disebabkan oleh peredaran zaman dan perkembangan teknologi maklumat yang pantas menyebabkan kita kadangkala terlupa perkara-perkara yang fitrah. Buku ini mempersembahkan fitrah itu dengan pendekatan baru, segar, dan disusun semula secara sistematik bagi memudahkan pembaca mengikuti seterusnya mempraktikkan ilmu dalam buku ini.
===========================
Format: PaperbackSaiz: 9x6x0.5
ISBN-13: 978-967-411-122-9
Tarikh Terbit: 24 Apr 2013
Jumlah Muka Surat : 288
Berat (kg): 0.37
Kategori: Bantu Diri Umum,Pembangunan Diri
Penulis: Amin Idris
Penerbit: PTS Millennia Sdn Bhd
===========================
RM 18.00 |
Add to Cart |
BAHAGIAN 1 : ANALOGI Bab 1: Jawatan Lawan Pengaruh: Mitos dan Cabaran Mitos Pertama: Tiada Jawatan, Tiada Pengaruh Mitos Kedua: Kuasa adalah Kebebasan! Mitos Ketiga: Potensi Tidak Dapat Digilap Sekiranya Tidak Berada di Puncak Kuasa Cabaran Pertama: Cengkaman Ego Cabaran Kedua: Satu Kepala Topi Pelbagai Cabaran Ketiga: Mempengaruhi Orang yang Lebih Berpengaruh Bab 2: Prinsip Magnet Diri Teori Magnet Apa Itu Magnet Diri? Res Ipsa Liquitor Semua Orang Memiliki Potensi Kuasa Pengaruh Potensi Sahaja Tidak Cukup apabila Mahu Berjaya Uji Tahap Pengaruh Kita BAHAGIAN 2 : ENERGI Bab 3: Pilih Benih Energi Berfikir Seperti Juara Awas, Empat Peraturan Persepsi! Konsep Diri Membentuk Estim Diri Menjadi Individu Berintegriti Memiliki Mentaliti Belajar Bab 4: Tanam Benih Energi Sebuah Kehidupan ataupun Sekeping Sijil? Daripada LL.B ke Agen Insurans Dahulu Lain Sekarang Lain Kita Bertindak Mengikut Kepercayaan Fokus Memandu Arah Kita BAB 5: Siram Benih Energi Latihan Ibarat Mengasah Pedang Mulakan Dengan Kemahuan Cari dan Cipta Peluang Pelan Rancangan Kehebatan (P.R.K) BAHAGIAN 3: PANCARKAN SINERGI Kuasa Pengaruh Ibarat Set Golf Kesimpulan Bab 6: Cipta Sinergi Teknik Salam Mesra Masa, Rasa dan Jasa Menghasilkan Kasih dan Cinta Dale Carnegie dan Sebuah Buku Hari Lahir Impresi Pertama yang Positif Berikan PS3 Lapan Rukun Berbual-Bual Kawal Bahasa, Buat Mereka Berasa Penting Cara Mudah Mencipta Musuh dan Cara Mengatasinya Apabila Kita Salah, Mengaku Sahajalah Rahsia Socrates Magnet Diri Gaya Puan Ainon Mengkritik Gaya Magnet Diri BAB 7: Kongsi Sinergi Mengkritik dan Tidak Dibenci Fikirkan Dahulu Kesilapan Kita Tiada Siapa Suka Mendengar Arahan Jaga Air Muka Semua Orang Berikan Gelaran yang baik Tunjukkan Kesalahan, Nampak Mudah Diperbetulkan Magnet Diri Gaya Dr. Tengku Asmadi BAB 8: Gandakan Sinergi Magnet Diri Gaya Fadzli Yusof Bagai Aur Dengan Tebing Fokus Kepada ‘Apa’, Bukan ‘Siapa’ Punca Masalah Cipta Memori Manis dan Sentiasa Melawatinya Magnet Diri Gaya Dr. Zakir Naik Kukuhkan Impian Mereka Sebarkan ‘Kredit’ Tentang Kebaikan Orang Perkataan yang Betul Kepada Orang yang Betul, Pada Masa yang Betul Berikan Diri kita yang Terbaik Kongsi Rahsia Kita Sangka Baik, Fokus kepada yang Positif Jangan Asyik Pandang Cermin Buat pada Orang Apa yang Mereka Tidak Dapat Lakukan untuk Mereka Dengar dengan Hati, Bukan Hanya dengan Telinga Cari Kunci kepada Hati Mereka Menjadi yang Pertama Membantu Ingat Cerita yang Diceritakan Ceritakan Kisah yang Baik-baik Cungkil dan Teroka Kekuatan Orang Lain Buat Catatan Kata Semangat Kemuncaknya, Bantu Orang Supaya Menang Magnet Diri Gaya Saiful Islam |
No comments
Post a Comment