Cetuskan idea luar biasa dengan teknik berfikir yang betul.
72 teknik berfikir dan menyelesaikan masalah.
Dibayar sejuta bagi berfikir
Pekerjaan yang paling mahal gajinya di dunia ini adalah berfikir. Satu idea hebat ada yang bernilai berjuta-juta ringgit dan ada idea hebat yang tidak perlu dibayar, tetapi ideanya mampu mengubah dunia. Buku ini menunjukkan teknik berfikir yang betul dan cara menghasilkan idea yang bernilai jutaan ringgit.
Idea hebat yang diyakini
Banyak idea yang hebat ditolak oleh orang ramai kerana idea itu tidak realistik. Ramai juga orang yang mempunyai idea yang hebat, tetapi tidak dapat menerangkan ideanya dengan cara yang mudah. Paling menghairankan, ada idea yang biasa-biasa, tetapi dianggap hebat kerana tuan punya idea pandai mempersembahkan ideanya. Buku ini membantu kita meyakinkan orang dengan idea kita yang hebat.
Terbukti Berkesan
Buku ini adalah manual berfikir yang mudah difahami, praktikal, dan terbukti berkesan. Binatang buas pun dapat dijinakkan apabila betul caranya. Dunia dapat ditawan apabila betul strateginya. Begitu juga dengan berfikir. Kita dapat mencetuskan idea yang kreatif, luar biasa, dan hebat apabila betul cara berfikirnya.
Teknik berfikir dalam buku ini membantu kita:
- Mencipta idea hebat daripada idea gila-gila
- Meyakinkan orang bagi menerima idea kita
- Menyelesaikan masalah harian dengan efektif
- Membuat keuntungan daripada masalah
- Membuat keputusan yang menguntungkan diri
==========================
Format: Paperback
ISBN-13: 978-967-369-147-0
Tarikh Terbit: 17 Jan 2012
Jumlah Muka Surat : 192
Berat (KG) : 0.25
Penulis: Ainon Mohd, Abdullah Hassan
Penerbit: PTS PROFESSIONAL
==========================
RM 17.00 |
Out-of-stock |
Add to Cart |
Isi Kandungan Bahagian 1: Mengeluarkan Idea Bab 1: Bagaimana Idea Hebat Dicetus Bab 2: Daftar Pertanyaan Bab 3: Pencetus Idea Bab 4: Terbalikkan dan Terbalikkan Bab 5: Keluarga Idea Bab 6: Memberi Kegunaan Baru Bab 7: Senarai Semakan Bab 8: Peta Minda Bab 9: ‘Bagaimana Untuk’ Bab 10: Kad Idea Bab 11: Perah Otak Bab 12: Analogi Bab 13: Teknik-Teknik Jepun Bab 14: Kumpulan Kreatif Bab 15: Kaedah Mitsubishi Bab 16: Kaedah NHK Bab 17: Menuliskan Otak Bab 18: Kaedah KJ Bahagian 2: Menyelesaikan Masalah Bab 19 Buat Duit dengan Masalah Bab 20 Masalah Logikal Bab 21 Kebekuan Bab 22 Peranan Pengetahuan Bab 23 Peranan Kepakaran Bab 24 Pemikiran Reflektif Bab 25 Pendekatan Saintifik Bahagian 3: Membuat Keputusan Bab 26 Pedoman bagi Membuat Keputusan Bab 27 Anggaran Bab 28 Heuristika Bab 29 Peraturan Konjungsi Bab 30 Saiz Sampel Bab 31 Falasi Penjudi Bab 32 Heuristika Ketercapaian Bab 33 Otak Kumpulan Bab 34 Menangguhkan Penilaian Bahagian 4: Pengaruh Faktor Kognitif Bab 35 Punca Kesilapan Berfikir Bab 36 Peningkatan Persepsi Bab 37 Penilaian Dalaman Dan Luaran Bab 38 Orientasi Sudut Pandangan Bab 39 Atribusi Bela-Diri Bab 40 Hepotesis Dunia Ini Adil Bab 41 Pewajaran Bab 42 Bias Balik kepada Diri Bab 43 Bias Penting-Diri Bab 44 Bias Untung-Diri Bab 45 Bias-Pengesahan Bab 46 Kesan Homogen Orang Luar Bab 47 Kesan Penampilan Bab 48 Keterampilan dan Keserupaan Bab 49 Kesan Pigmalion Bab 50 Kesan Pertama Bab 51 Kesan Pemerhati Bab 52 Kesan Keawalan-Kebaruan Bab 53 Kesan Kesepakatan Palsu Bab 54 Kesan Keunikan Palsu Bab 55 Kesan Hiasan Ruang Bab 56 Habit Mental Bab 57 Konformiti Bab 58 Mindset Bahagian 5: Pengaruh Faktor Psikologi ke Atas Pemikiran Bab 59 Mentafsir Diri Sendiri Bab 60 Maklum-Balas Bahagian 6: Mempengaruhi Pemikiran Orang Lain Bab 61 Strategi Mempengaruhi Orang Lain Bab 62 Pengaruh Model Bab 63 Kesan Teruk Awal Bab 64 Keterhadan Palsu Bab 65 Teknik Sebelah-Kaki-Masuk-Pintu Bab 66 Teknik Muka Di-Depan-Pintu Bab 67 Rasa Bersalah Bab 68 Budi Dibalas Budi Bab 69 Sumber Pengaruh Bab 70 Penerima Pengaruh Bab 71 Kandungan Mesej Bab 72 Pengaruh Bukti Bibliografi Indeks |
No comments
Post a Comment