Ketika Allah mencipta manusia, tentunya Dia sebagai Pencipta alam semesta yang menurunkan model kepimpinan. Ini sama ada dari segi keperibadian mahupun kepemimpinan universal.
Model inilah yang didedahkan dalam buku Kuasa Kepimpinan Ilahiah ini.
Kita bermula dengan Ulul Azmi, iaitu lima orang rasul dan nabi Allah yang dinilai begitu besar perjuangannya. Ini kerana, kepimpinan rasul ataupun nabi Allah berdasarkan dua prinsip penting. Peranan sebagai utusan Allah yang mendapat bimbingan-Nya yang benar, dan peranan mentransformasikan nilai-nilai ketuhanan dalam masyarakat.
Kemudian, walaupun Rasulullah adalah nabi terakhir, namun kepimpinannya diwarisi dan diteruskan oleh para Khalifah ar-Rasyidin. Mereka pemegang amanah yang teguh berpegang pada dua sumber, iaitu al-Quran dan hadis nabi.
Pastinya tidak dilupakan kepemimpinan wanita yang ditampilkan oleh empat wanita termulia, iaitu Khadijah, Maryam, Asiah, dan Fatimah az-Zahra. Inilah wanita yang dikatakan oleh Rasulullah sebagai sebaik-baik penghuni syurga. Mereka juga para wanita yang memiliki darjat tertinggi di sisi-Nya.
Buku ini untuk para pemimpin daripada contoh sbaik-baik pemimpin.
Format: Paperback
ISBN-13: 978-967-0142-87-6
Tarikh Terbit: 20 Jun 2012
Jumlah Muka Surat : 184
Berat (KG) : 0.25
Penulis: Muhammad Hasan Al-Basri
Penerbit: PTS MILLENNIA
==========================
RM 15.00 |
Add to Cart |
Isi Kandungan Kata Pengantar Bab 1: Dimensi Kepimpinan Ulul ‘Azmi: Perjalanan Keperibadian Insan Kamil Nabi Nuh: Simbol Anak Kecil Fahaman Materialisme Nabi Ibrahim: Simbol Remaja Perdebatan dengan Raja Namrud Perkahwinan Ibrahim Ibrahim Khalilullah Nabi Musa: Simbol Pemuda Perkasa Kisah Musa: Kisah Manusia Legenda Gabungan Dua Kekuatan Nabi Isa: Simbol Orang Tua yang Matang Nabi Muhammad: Penyempurna Ulul ‘Azmi Bab 2: Kepimpinan yang Adil: Refleksi Kepimpinan Para Nabi Simbol Kepimpinan Adam-Hawa Falsafah Hak Asas Manusia Perkahwinan Manusia Pertama: Adam dan Hawa Tiga Dosa Pertama Godaan Syaitan Perspektif Tasawuf Kebijaksanaan Kepemimpinan Nabi Sulaiman Sulaiman Mengadili Dua Orang Ibu yang Berebut Anak Kepimpinan Cinta Sulaiman dan Ratu Balqis Kepemimpinan Nabi Yaakub yang Penyabar Kepemimpinan Nabi Yusuf Kepemimpinan Nabi Yunus Bab 3: Dimensi Kepimpinan Empat Sahabat Nabi Muhammad: Perspektif Khalifah Kepemimpinan Abu Bakar as-Siddiq: Sahabat Pendamping Kepemimpinan Umar bin al-Khattab yang Membawa Perubahan Kepemimpinan Uthman bin Affan dalam Kalangan Kaum Munafik Kepemimpinan Ali bin Abi Talib yang Penuh Dilema Bab 4: Kepimpinan Empat Wanita Mulia Khadijah Teladan yang Terbaik Ketulusan Fatimah az-Zahra Keteguhan Iman Asiah Kekuatan Maryam Maryam Memencilkan Diri di Tempat yang Sunyi Konsep Triniti, Kesalahan pada Pandangan Tauhid Bibliografi Biodata Penulis |
No comments
Post a Comment