Jesus Adalah Muslim

Mengapa Penulis Menggunakan Nama Jesus Bukan Nabi Isa?

Sebahagian pembaca pasti tertanya-tanya, mengapa penulis meletakkan judul buku ini sebagai “Jesus adalah Muslim”? Mengapa penulis tidak menggunakan nama Nabi Isa menggantikan nama Jesus?

Dalam hal ini, umat Islam mengenali Nabi Isa (7-2SM - 30–36M) sebagai nabi dan rasul yang diturunkan selepas Nabi Musa (1391–1271SM) dan sebelum Nabi Muhammad (570-632M). Umat Kristian pula memanggil beliau sebagai Jesus yang bukan sahaja seorang nabi, bahkan jelmaan Tuhan di dunia. Dalam ajaran Triniti, beliau disebut sebagai Tuhan Anak.

Al-Quran tidak menyebut Nabi Isa dengan nama Jesus. Nama itu berasal daripada bahasa Yunani (Greek), iaitu bahasa asal Perjanjian Baru. Nama Jesus dalam bahasa Ibrani adalah Yoshua atau Yusa. Dalam Ensiklopedia Lintas Agama yang ditulis oleh Abujamin Roham, orang Kristian menganggap Jesus sebagai Tuhan, bukan manusia biasa.

===========================
Format: Paperback
Saiz: 6" x 9"
ISBN-13: 978-967-411-031-4
Tarikh Terbit: 23 Apr 2013
Jumlah Muka Surat : 168
Berat(kg) : 0.21
Penulis : Jaafar Saddiq
Penerbit: PTS MILLENNIA  
=============================


RM 15.00
Add to Cart





Isi Kandungan

Pendahuluan

Prakata


BAB 1: Jesus Anak Hasil Zina?

Bayi itu Membela Diri

Menjejaki Biografi Jesus

Bila Jesus dilahirkan?


BAB 2: Jesus Utusan Allah

Anak ataupun Nabi Allah?

Penegasan sebagai Nabi


BAB 3: Jesus ataupun Judas yang Disalib?

Kewujudan Judas Iscariot Si Pengkhianat?

Menyusun Keping-Keping Mozaik

Bantahan Injil-Injil Apokrif Berkenaan Penyaliban Jesus

Jesus Bangkit dan Memperlihatkan Diri

Secara Fizik, Jesus Sudah Wafat?

Jesus Tidak Ikhlas Disalib?


BAB 4: Jesus Bukan Tuhan?

Jesus Hamba Allah

Kontroversi Jesus sebagai Allah

Jesus Al-Masih Anak Allah?

Tuhan Bapa Mencipta Tuhan iaitu Jesus


BAB 5: Kritikan Kepada Triniti

Triniti Menurut Injil dan Al-Quran

Sejarah Ajaran Triniti


BAB 6: Apa Agama Jesus

Kata-Kata Jesus yang Islamik

Jesus dan Tiga Orang yang Berebut Emas

Adakah Jesus Seorang Yahudi?

Jesus Beragama Islam


Bibliografi

Biodata Penulis

No comments

Post a Comment

Info Section