Asmaul Husna Allah mampu mencipta keajaiban kepada yang ikhlas bergantung pada-Nya.
Keluarga bahagia dapat dibentuk dengan mengamalkan zikir Asmaul Husna setiap hari tanpa menunggu apabila ditimpa musibah mahupun kesedihan. Setiap 99 nama Allah itu membawa keajaiban tersendiri yang menjadi penawar kepada setiap pengamalnya. Justeru berzikir dengan Asmaul Husna perlu dijadikan rutin harian setiap ahli keluarga supaya ikatan ukhuwah sentiasa terjalin erat dan indah.
*Bertemankan Allah ya Wahhab menjadikan hidup mudah dan senang.
*Memeliharan diri dan keluarga dengan peraturan dan hukum Allah ya Hakam.
*Mengingati diri sebagai ciptaan Allah ya Kholiq membuat jiwa terpelihara.
*Menikmati ketenangan hidup dengan menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah ya Baari'.
*Memelihara diri dan keluarga dengan penglihatan dan pengawasan Allah ya Bashir ya Roqib.
*Tundukkan nafsu dan kesombongan dengan bantuan Allah ya Qohhar.
Nikmati kemanisan hidup berkeluarga dengan mengamalkan zikir Asmaul Husna yang mengandungi pelbagai makna tersirat yang mampu memberikan jalan penyelesaian dalam setiap masalah yang dihadapi.
==========================
Format: Paperback
ISBN-13: 978-967-0142-49-4
Tarikh Terbit: 30 Jun 2011
Jumlah Muka Surat : 120
Berat (kg): 0.18
Penulis: Profesor Madya Wan Maseri Wan Mohd
Penerbit: PTS Litera Utama
==========================
RM 10.00 |
Add to Cart |
Isi Kandungan Prakata vii Bab 1: Sifat Pengasih Penyayang dan Prihatin 1 Cinta dan Kasih Sayang Itu Vitamin Jiwa, Keperluan kepada Kehidupan Berkeluarga 1 Kisah Benar Penghayatan Asmaul Husna 4 Keamanan Rumah Tangga Wujud Apabila Wanita Beriman kepada Allah 7 Bertemankan Allah Ya Wahhab Menjadikan Hidup Mudah dan Senang 15 Sentiasa Menjadi Pelindung dan Pemelihara kepada Keluarga Supaya Tidak Mendapat Murka Allah 19 Memelihara Diri dan Keluarga dengan Peraturan dan Hukum Allah Ya Hakam 23 Bab 2: Sifat Ikhlas dan Amanah 29 Hidup demi Menjalankan Amanah Allah, Merasai Semuanya adalah Milik Allah 29 Hati yang Bersih dan Suci Mampu Menjana Kebahagiaan Rumah Tangga 33 Mengingati Diri sebagai Ciptaan Allah Ya Kholiq Membuat Jiwa Terpelihara 39 Menikmati Ketenangan Hidup dengan Menyerahkan Diri Sepenuhnya kepada Allah Ya Baari’ 42 Memelihara Diri dan Keluarga dengan Penglihatan dan Pengawasan Allah Ya Bashir Ya Roqib 48 Tundukkan Nafsu dan Kesombongan dengan Bantuan Allah Ya Qohhar 53 Bab 3: Sifat Tabah dan Kuat Semangat 57 Kekuatan Jiwa Mampu Merempuh Setiap Rintangan Hidup dan Badai Rumah Tangga 57 Membuka Kekusutan dan Kesempitan Hidup dengan Bantuan Allah Ya Fatah 62 Yakin dan Reda dengan Rezeki Allah Ya Razaq Membuat Jiwa Kaya 68 Mencari Kelapangan Hidup dengan Bantuan Allah Ya Basith 73 Mencari Ketenangan Jiwa Bertemankan Allah Ya Sami’ dan Ya Salam 77 Bab 4: Sifat Bijaksana, Kreatif, dan Inovatif 84 Memanfaatkan Kreativiti Allah Ya Musowwir dalam Menangani Pelbagai Cabaran Hidup 84 Jiwa yang Tenang Mampu Melahirkan Wanita Berpemikiran Rasional, Inovatif, dan Produktif 91 Berguru dengan Allah Ya Alim, Ya Hakim, dan Ya Rashid Mampu Mencipta Keajaiban 96 Bersama Ya Kholiq, Ya Baari’, dan Ya Musowwir dalam Membina Akhlak Anak 101 Mewujudkan Suasana Romantik Bersama Suami dengan Bantuan Ya Kholiq, Ya Baari’, dan Ya Musowwir 104 Penutup 109 Panduan 109 Rujukan 111 |
No comments
Post a Comment