Persoalannya, bagaimanakah gaya berhibur dan berekreasi yang selari dengan syariat Islam? Adakah hiburan dan rekreasi yang dilakukan, benar-benar dapat memberikan kesan positif kepada manusia?
Ataupun mendatangkan kemudaratan yang disulami dengan unsur maksiat?
Fiqh Hiburan dan Rekreasi adalah satu lagi buku siri pemikiran karya Dr. Yusuf Al-Qaradhawi. Buku ini membincangkan dengan lebih terperinci perkara berkaitan hiburan dan rekreasi seperti:
- Batasan syarak berkenaan ketawa dan jenaka
- Hukum berhibur dengan tarian dan tepukan
- Hukum berhibur dengan drama dan filem
- Jenis sukan yang dilarang dalam Islam
- Pendirian Islam berkenaan aktiviti bersukan
- Hukum senaman yoga
- Hukum sukan berisiko tinggi seperti mendaki gunung, perlumbaan kereta, pertunjukan sarkas, gusti, dan tinju.
- Hukum permainan minda seperti daun terup
- Hukum pertandingan melalui telefon, kupon, dan tiket peraduan
Format: Paperback
Saiz: 6" x 9"
ISBN-13: 978-967-366-184-8
Tarikh Terbit: 14 Feb 2014
Jumlah Muka Surat : 276
Berat (kg) : 0.38
Penulis : Dr. Yusuf Al-Qaradhawi
Penerbit : PTS Islamika
==========================
ISBN-13: 978-967-366-184-8
Tarikh Terbit: 14 Feb 2014
Jumlah Muka Surat : 276
Berat (kg) : 0.38
Penulis : Dr. Yusuf Al-Qaradhawi
Penerbit : PTS Islamika
==========================
RM 20.00 |
Add to Cart |
Review Hiburan dan sukan merupakan fitrah kejadian manusia. Hiburan adalah penenang jiwa dan meringankan bebanan fikiran. Hiburan ibarat “ubat bius” setiap insan selepas penat bekerja seharian. Di Malaysia, bagai cendawan yang tumbuh selepas hujan, terlalu banyak rancangan realiti televisyen yang membangkitkan keseronokan manusia. Antaranya, rancangan Maharaja Lawak yang mengutip berjuta-juta ringgit setiap kali siarannya, rancangan Fear Factor, Akademi Fantasia dan sebagainya. Setiap stesen televisyen berlumba-lumba untuk mereka rancangan realiti sendiri dan ada yang mereplikakan rancangan realiti televisyen di Barat dan mengimplementasikannya di Malaysia. Hiburan dibenarkan dalam Islam andai masih menjaga syarat-syarat dalam berhibur. Rasulullah S.A.W. tidak menghalang isteri-isteri Baginda untuk berhibur. Namun, akhir zaman ini, terlalu banyak hiburan dan ada yang telah menyimpang dari syariat Islam. Melihat keadaan ini, Dr. Yusuf al-Qaradhawi berijtihad dan mengeluarkan fatwa hukum bagi hiburan dan aktiviti sukan, seperti yang dijelaskan dalam kitab “Fiqh Hiburan dan Rekreasi.” Kitab ini dikayakan dengan perbahasan tentang hiburan, terutamanya semasa zaman Rasulullah S.A.W dan dikukuhkan lagi dengan dalil dari nas al-Quran. Ia juga menjawab persoalan masa kini mengenai hiburan kontemporari seperti permainan domino, pertandingan secara khidmat pesanan ringkas (SMS), sukan renang, yoga dan sebagainya. Ijtihad yang dilakukan oleh Dr. Yusuf al-Qaradhawi melihat kepada realiti kehidupan masa kini dan dihuraikan terperinci berdasarkan pengukuhan ilmu, pengalaman dan pengamatan beliau terhadap umat Islam masa kini. Mudah-mudahan, Allah mengurniakan kefahaman yang mendalam tentang hiburan dan sukan kepada kita menerusi tulisan Dr. Yusuf al-Qaradhawi. Andai menepati kehendak syarak, berhibur dan bersukan mampu dijadikan medium berdakwah untuk menarik ramai umat manusia memilih Islam sebagai agama fitrah. “Permudahkan mereka dan jangan dipersulitkan, serta gembirakan mereka dan jangan membuat mereka menjauhi kamu.” - Direkodkan oleh Imam Bukhari dalam kitab Al-Ilmu dan Imam Muslim dalam kitab Al-Jihad Wa As-Sair. Isi Kandungan Pengenalan Nota Hujung Pendahuluan Ada Ketikanya Rasul juga Seorang Insan Hati juga Bosan Nota Hujung Bab 1 Antara Agama, Ketawa, dan Bersuka Ria Manusia adalah Haiwan yang Ketawa atau Bercakap Keperluan Manusia kepada Hiburan Rasulullah s.a.w. adalah Ikutan Sahabat Mengikut Jejak Langkah Rasulullah s.a.w. Sahabat-Sahabat yang Berjenaka Penafsiran Nas-Nas yang Menyanggahi Prinsip Kita Kesedihan Menurut Sebahagian Jemaah Sufi Sanggahan Ibnu Qayyim terhadap Pendekatan Ini Batasan Syarak Berkaitan Ketawa dan Lawak Jenaka Lawak Jenaka dan Keseronokan dalam Realiti Umat Islam Seni Jenaka Nota Hujung Bab 2 Pendahuluan kepada Keperluan Bersukan Pelbagai Jenis Sukan dalam Kalangan Bangsa Pendirian Islam Berkenaan Aktiviti Sukan Loteri adalah Sejenis Perjudian Sukan Berkuda dan yang Berkaitan dengannya Nota Hujung Bab 3 Objektif Pendidikan Jasmani Permainan dan Sukan Masa Kini Panduan-Panduan Syarak bagi Sukan-Sukan Ini Syarat-Syarat dan panduan Bermain Bola Sepak Sukan Sebagai Kerjaya Sukan Berasaskan Kekuatan Sukan-Sukan yang Berisiko Tinggi Panduan Bermain Permainan yang Berbahaya Nota Hujung Bab 4 Permainan Minda Hukum Bermain Nard (Dadu) Permainan Catur Kemunculan Permainan Catur dalam Sejarah Islam Nilai Hadith yang Menyebutkan Permainan Catur Sebab Berlaku Perselisihan Tentang Hukum Catur Pandangan Mazhab Hanafi Tentang Permainan Catur Pandangan Mazhab Maliki Tentang Permainan Catur Pendapat Mazhab Syafi’e Tentang Permainan Catur Mazhab Hanbali Perbincangan Dalil-Dalil yang Digunakan untuk Mengharamkan Permainan Catur Perbincangan Dalil-Dalil Pendapat yang Mengharamkan Catur Kesimpulannya: Harus Bersyarat Daun Terup Permainan Domino Permainan Kartun Panduan dan Syarat Bermain Permainan Kartun Permainan Komputer Bahaya Permainan Komputer Syarat-Syarat yang Perlu Dipatuhi Ketika Bermain Permainan Komputer Nota Hujung Bab 5 Tarian Tarian yang Harus Tarian yang Dilarang Tepukan Tujuan Bertepuk Tangan Hukum Tepuk Tangan Tepukan Nifaq Tarian dan Tepukan Golongan Sufi Nota Hujung Bab 6 Hukum Berkaitan Pemburu Hukum Berkaitan Binatang Buruan Hukum Berkaitan Alat Buruan Syarat Memburu dengan Senjata yang Mencederakan Berburu dengan Anjing dan Sebagainya Hikmah Perintah Menyebut Nama Allah s.w.t. Nota Hujung Bab 7 Menonton Wayang Menonton Pementasan Kartun Pokemon Faktor Pengharaman Pendeklamisian Sajak Patriotik (Mengenang Jasa Pahlawan) Nota Hujung Bab 8 Lumba Kuda Syarat-Syarat Perlumbaan Kuda Perlumbaan Unta Pertandingan yang Diadakan Melalui Panggilan Telefon Kupon dan Tiket Peraduan Perbincangan dan Pilihan Hukum Pandangan Berkaitan Hadith “Tiada Perlumbaan Bagi Mendapatkan Hadiah Kecuali Kepada Kuda dan Unta.” Antara Jihad Perjuangan dan Kesenangan Nota Hujung |
No comments
Post a Comment