Setelah disahkan hamil, saat itu adalah detik yang paling indah dalam diari si ibu. Temu janji bersama doktor bagi tujuan pemeriksaan si bayi sentiasa ditunggu-tunggu. Ketika doktor melakukan ujian imbasan, si ibu tidak sabar untuk menatap. Apa khabar agaknya si permata hati di dalam kandungan, sihatkah dia? Persiapan buat kelengkapan permata hati yang bakal lahir juga dilakukan seawalnya. Pantang ada jualan murah barangan bayi, si ibulah orang pertama membeli, terutamanya ketika saat menunggu kelahiran anak pertama. Alahan yang menguji kesabaran di awal kehamilan, susah hendak tidur malam, kejang kaki, pening kepala, sakit pinggang sehinggalah kepada kesakitan semasa melahirkan, semua ini akhirnya bersatu menjadi kenangan indah setelah bergelar ibu. Proses kelahiran sememangnya penuh warna-warni. Tibanya saat melahirkan itu, ada wanita yang terpaksa berjuang sendirian, tanpa suami ataupun ibu di sisi. Ada yang hampir-hampir melahirkan anak di tempat parking kereta hospital. Ada pula yang terpaksa melalui pembedahan kerana si ibu sudah keletihan dan denyutan jantung bayi semakin lemah. Semua pengalaman dikongsikan bersama di dalam buku ini. Ikuti himpunan cerita ibu-ibu sepanjang proses melahirkan anak pertama dan panduan semasa melahirkan si permata hati yang sentiasa dinantikan kehadirannya ini.
Format: Paperback
ISBN-13: 978-983-3604-12-8
ISBN-10: 983-3604-12-9
Tarikh Terbit: 15 Sep 2007
Jumlah Muka Surat : 192
Berat (kg): 0.30
Penulis : Mazneera Zainal
Penerbit: PTS Millennia
===========================
RM 20.00 |
Out-of-Stock |
Add to Cart |
Isi Kandungan Testimonial Detik Kelahiran Penghargaan Mukadimah 1. Menjadi Bakal Ibu yang Berilmu 2. Pengalaman Melahirkan Secara Normal Bersalin Normal Tanpa Komplikasi Bersalin Normal Secara Dibantu (Assisted Delivery) Bersalin Normal dengan Mengambil Epidural 3. Pengalaman Melahirkan Secara Caesarean 4. Natural Childbirth 5. Teknik-teknik Natural Childbirth 6. Aplikasi Teknik Natural Childbirth Nota Hujung Rujukan Biodata Pengarang Lampiran: Contoh Birth Plan |
No comments
Post a Comment