Bercinta! OK ataupun KO?

Buku ini mengupas persoalan tentang seks dan dunia cinta remaja yang mungkin selama ini menjadi perkara yang tidak harus dibincangkan di meja makan keluarga di dalam rumah. “Taboo” dalam masyarakat kita pasca ini harus dipecahkan dindingnya. Persoalan-persoalan remaja mengenai proses manusia menuju ke arah kedewasaan fizikal dan psikologi yang berlaku secara alamiah diperbincangkan secara terbuka dengan remaja.

“Zila (bukan nama sebenar) seorang remaja yang lahir dari kalangan keluarga yang sempurna. Satu keluarga yang dikenali orang dan cukup bahagia. Setelah berpeluang melanjutkan pelajaran ke Kuala Lumpur, segalanya berubah. Soal “cinta” mula mengisi 'kekosongan' diri. Kekasih datang menagih cinta dan bersilih pergi. Meninggalkan kesan yang berbekas di hati. Zila mula bertindak jauh dengan mengambil dadah. Atas ajakan dan pengaruh kawan juga kekasih. Tenggelam dalam khayalan, Zila mula berjinak-jinak dengan aktiviti seks bebas. Mula ke disko dan menjadi GRO. Katanya; alang-alang basah, biar mandi sekali!”

Kes seperti di atas sudah hampir menjadi 'barah' yang menular dalam masyarakat. Ramai yang menuding jari menyalahkan remaja atas 'kesesatan' mereka. Namun tidak ramai yang sedar bahawa pengajaran dan pembelajaran tentang pendidikan seks yang tidak dimulakan sejak di dalam rumah, mendorong kepada permasalahan ini. Remaja 'hilang' dan 'tenggelam' dalam pencarian identiti diri. Gejolak psikologi dan tuntutan emosi dicari penyelesaiannya sendiri. Apa yang pasti, ibu bapa dan guru khususnya, harus memberikan informasi yang betul mengenai seks dan segala perkara yang berkaitan dengan kehidupan remaja agar mereka 'terpandu' dan 'dipandu'. Pastinya dengan cara yang wajar dan tetap beretika.

Buku ini mengupas persoalan tentang seks dan dunia cinta remaja yang mungkin selama ini menjadi perkara yang tidak harus dibincangkan di meja makan keluarga di dalam rumah. “Taboo” dalam masyarakat kita pasca ini harus dipecahkan dindingnya. Persoalan-persoalan remaja mengenai proses manusia menuju ke arah kedewasaan fizikal dan psikologi yang berlaku secara alamiah diperbincangkan secara terbuka dengan remaja.

Penulis bijak mengadun perbincangan dengan tip-tip dan panduan kepada remaja dalam menghadapi suasana dan bagaimana untuk mengawal 'perasaan-perasaan' yang menerjah alam dewasa. Ia membuatkan buku ini cukup padat dan praktikal. Bermula dengan anak tangga “memahami pendidikan seks yang betul serta ancaman-ancamannya” sehinggalah ke kemuncak “luahan cinta, isu perkahwinan di usia muda dan tanggungjawab”, buku ini adalah hadiah 'terbaik' untuk semua remaja, ibu bapa, guru-guru dan para kaunselor.

======================
Penulis : Rab'iatul Adawiyah
Jumlah Muka surat : 198
Penerbit : PTS
======================

RM 15.50

Add to Cart



Isi Kandungan
Membicarakan Prinsip, Bukan Memaksanya
Bijak Menggunakan Data atau Maklumat
Kata Pengantar

Seks dan Pengikutnya
1. Apa yang Perlu Kita Ketahui
2. Pil Khayal dan Seks Bebas
3. Pencetus Seks Bebas
4. Pendidikan Seks yang Betul

Luahkan Cinta Masa Muda
5. Percintaan dari Zaman ke Zaman
6. Tahap-tahap Percintaan
7. Masyarakat dan Seks Sebelum Kahwin

Mempersendakan Percintaan
8. Kenapa Memilih untuk Bercinta?
9. Tiada Definisi Jelas tentang Percintaan
10. Tidak Jelas Ikatan Percintaan
11. Semakin Mengenali, Betul Ke?
12. Ada Apa di Sebaliknya?
13. Adakah Cukup Matang dan Bertanggungjawab
14. Ternyata Cinta itu Tidak Kekal
15. Hati-hati Supaya Tidak Ketagihan Cinta
16. Pertahankan Kesucian semasa Bercinta
17. Hanya sebagai Kekasih
18. Bercinta? Sesuatu yang Kuno
19. Melangkah ke Alam Perkahwinan
20. Bercinta Berbeza Agama? Hanya Menggandakan Zina
21. Kenapa Dilarang Mendekati Zina?
22. Ketawakan Mereka yang Bercinta
Jadi Bagaimana?
23. Mukadimah
24. Sumber Kepercayaan pada Diri Sendiri
25. Sekali Lagi, Jika hanya Kekasih
26. Sertai Mereka yang Tidak Ada Kekasih
27. Kuno Jika Tidak Bercinta?
28. Cinta untuk Semua
29. Katakan Tidak pada Perkara yang Hampir dengan Zina
30. Selamatkan Akidah Anda
31. Ibu Bapa, Dengarlah Rintihan Kami!

Percintaan Para Pendakwah
32. Mukadimah
33. Cara Luahan Cinta Para Pendakwah
34. Berselindung di Jalan Dakwah
35. Berkahwin di Usia Muda
36. Jangan Mencetus Pelbagai Khayalan
37. Mari Buktikan Cinta pada Tuhan
38. Sepatutnya Kita Lebih Mengetahui

Mengetahuinya dengan Lebih Tepat
39. Cinta dan Luahannya
40. Maruah Diri
41. Tanggungjawab Sebenar

No comments

Post a Comment

Info Section