Ayat-Ayat Syaitan: Membongkar Rahsia Jin, Syaitan & Iblis dlm Al-Quran

Iblis dan syaitan adalah makhluk ghaib yang sudah diwartakan sebagai musuh manusia yang nyata sebagaimana kata-kata Allah: “Syaitan adalah musuh bagi kamu, jadikan dia musuh (yang mesti dijauhi tipu dayanya); sebenarnya dia hanyalah mengajak golongannya supaya menjadi penduduk neraka.” (Surah Fatir, ayat 6)

Peperangan melawan iblis dan syaitan adalah peperangan yang berat sebelah seperti peperangan gerila kerana manusia tidak mampu melihat mereka. Mereka juga boleh menyerang secara mendadak sebagaimana kata-kata Allah: “Syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan yang kamu tidak dapat melihat mereka.” (Surah al-A’raf, ayat 27)

Oleh itu, umat Islam perlu mengenali musuh mereka ini dengan mendalam bagi menyelamatkan mereka daripada terjerumus ke dalam perangkap syaitan yang sudah banyak memakan mangsa manusia sebagaimana pesan Allah: “Syaitan itu menyesatkan golongan yang ramai antara kamu; (setelah kamu mengetahui akibat mereka) tidakkah sepatutnya kamu berfikir dan insaf?” (Surah Yasin, ayat 62)

Buku ini cuba membongkar serangan syaitan ke atas manusia dan cara menghadapinya berpandukan al-Quran dan sunah. Antara isu yang perlu diberi perhatian dalam buku ini adalah “adakah jin dan syaitan mampu ditangkap, tipuan syaitan dalam isu menutup aurat, tipuan syaitan dalam lambakan cerita hantu, benarkah sebaik-baik jin sejahat-jahat manusia, dakwaan nama para sahabat nabi daripada kalangan jin, dakwaan nama anak-anak iblis bersama portfolio yang mereka pegang, dan dakwaan wujudnya nama syaitan dalam surah al-Fatihah.”

================
Format: Paperback
Saiz: 6" x 9"
ISBN-13: 978-967-411-073-4 
Tarikh Terbit: 4 Oct 2012
Jumlah Muka Surat : 248
Berat (kg): 0.33
Penulis: Abdullah Bukhari Abdul Rahim Al-Hafiz
Penerbit: PTS MILLENNIA
================


RM 17.00

Add to Cart

 

Isi Kandungan

Bicara Pembuka


Pendahuluan


Bab 1

Sejarah di Langit dan Permusuhan Awal

Kesimpulan


Bab 2

Jin, Iblis, dan Syaitan

Maksud Jin, Iblis, dan Syaitan

Adakah Iblis Jin yang Pertama

Perbezaan antara Iblis, Jin, dan Malaikat

Tiga Golongan Jin

Persamaan antara Jin dan Manusia

Perkahwinan antara Manusia dan Jin

Jin dan UFO

Kesimpulan


Bab 3

Kelebihan dan Kelemahan Jin dan Syaitan

Kelebihan Jin dan Syaitan

Kelemahan dan Batasan Kemampuan Jin

Kesimpulan


Bab 4

Rasul dan Sahabat Nabi daripada Kalangan Jin

Maksud Rasul dan Sahabat Nabi

Kekeliruan Berkenaan Kewujudan Rasul daripada Kalangan Jin

Kesimpulan


Bab 5

Adakah Jin Boleh Ditangkap?

Kesimpulan


Bab 6

Sifat-Sifat Syaitan

Rupa Paras Syaitan dan Malaikat

Tabiat Syaitan

Kesimpulan


Bab 7

Perang Gerila dengan Syaitan

Pusat Pemerintahan Iblis

Cara Serangan Iblis dan Syaitan

Kesimpulan


Bab 8

Senjata bagi Menghadapi Serangan Syaitan

Kesimpulan


Bab 9

Benarkah Sebaik-Baik Jin, Sejahat-Jahat Manusia?

Kesimpulan


Bab 10

Nama Syaitan dan Jin dalam Al-Quran dan Sunah

Kesimpulan


Bab 11

Komentar Berkenaan Nama-nama Syaitan

Kepercayaan berkenaan Jin dan Syaitan dalam Budaya Arab Jahiliah

Kepercayaan berkenaan Jin, Hantu, dan Syaitan

dalam Budaya Melayu

Panduan Berinteraksi dengan Kitab Turath atau Klasik

Israiliyyat dalam Kitab Tafsir Al-Quran dan Hadis

Kesimpulan


Bab 12

Peta Minda

Sejarah Awal Jin dan Manusia

Jin, Iblis, Syaitan, Malaikat, dan Manusia

Persamaan Antara Jin dan Manusia

Kelebihan Jin Berbanding Manusia

Batasan Kemampuan Jin

Rasul dan Sahabat Kalangan Manusia dan Jin

Adakah Jin Boleh ditangkap Oleh Manusia?

Tabiat Syaitan

Perang yang Berat Sebelah & Serangan dari Segenap Penjuru

Senjata Bagi Menghadapi Serangan Syaitan

Benarkah Sebaik-Baik Jin Sejahat-Jahat Manusia?

Nama Jin dan Syaitan Menurut al-Quran dan Sunah

Dakwaan Berkenaan Nama Lain Untuk Jin dan Syaitan

Motto Manusia dengan Syaitan


Rujukan


Biodata Penulis

No comments

Post a Comment

Info Section