Solat Subuh, Tanpanya Kita Lumpuh
Syaitan mengikat kepala manusia dengan tiga ikatan ketika manusia tidur.
Syaitan berkata, "Engkau ada malam yang panjang, maka tidurlah terus!"
Apabila orang itu bangun, lalu berzikir kepada Allah, maka terurailah satu ikatan. Selanjutnya, apabila dia terus berwudhuk, terurai pula ikatan kedua. Apabila dia bersolat, maka terurailah ikatan keseluruhannya.
Apabila terurai semua ikatan, insan itu memulakan hari dengan bersemangat serta berhati gembira.
Namun, apabila berlaku sebaliknya, dia memulakan hari dengan menjadi orang yang berhati buruk serta pemalas. Hadith ini disepakati oleh ulama hadith.
==========================
Format: Paperback
Saiz: 6 x 9
ISBN-13: 978-967-411-048-2
Tarikh Terbit: 16 Nov 2012
Jumlah Muka Surat : 128
Berat (KG): 0.17
Kategori: Doa & Amalan
Format: Paperback
Saiz: 6 x 9
ISBN-13: 978-967-411-048-2
Tarikh Terbit: 16 Nov 2012
Jumlah Muka Surat : 128
Berat (KG): 0.17
Kategori: Doa & Amalan
Penulis: Fahrur Muis
Penerbit: PTS Millennia Sdn Bhd
==========================
Penerbit: PTS Millennia Sdn Bhd
==========================
RM 12.00 |
Add to Cart |
Review
Jika jumlah orang Islam yang hadir ke masjid untuk solat Subuh berjemaah sama banyaknya dengan jumlah jemaah solat Jumaat, ketika itulah saat kehancuran Israel semakin hampir. Tiada dalil daripada Al-Quran atau hadis yang menyebut tentang perkara ini, namun ia adalah bukti kepada semangat perjuangan dan kesungguhan umat Islam untuk memenangkan Islam. Bantuan Allah tidak akan datang kepada umat Islam jika masing-masing hanya sibuk mencipta senjata canggih tetapi lupa menyediakan senjata iman. Islam pasti dapat menguasai dunia dan berada di kemuncak kegemilangan apabila majoriti umat Islam mampu untuk solat Subuh secara berjemaah.
Jihad yang paling utama adalah melawan nafsu. Perjuangan untuk solat Subuh secara berjemaah sangat sukar. Nafsu ingin menyambung tidur dan dibuai oleh mimpi yang indah sangat sukar diatasi. Syaitan pula membisikkan pujuk rayu supaya kita terus lena sehingga mengabaikan solat Subuh. Sekiranya solat Subuh yang paling mencabar ini dapat dibuat secara berjemaah, pastinya solat-solat yang lain mudah untuk dilaksanakan. Lebih indah lagi sekiranya solat Subuh berjemaah ini disempurnakan dengan qiamullail. Hati manusia yang cintakan masjid dan gemar beribadah seperti ini pasti akan dikurniakan dengan nikmat kemanisan iman.
Betapa ajaibnya solat Subuh. Hari yang dimulakan dengan solat Subuh akan diberkati oleh Allah. Sungguh beruntung orang yang bersolat Subuh kerana didoakan oleh Rasulullah, “Ya Allah, berkatilah umatku selama mana mereka suka bangun Subuh.” Hadis ini direkodkan oleh Tirmizi, Abu Daud, Ahmad, dan Ibnu Majah.
Beruntunglah orang yang bersolat Subuh, namun celakalah orang yang mengabaikannya, “Solat yang berat bagi orang munafik adalah solat Isyak dan solat Subuh. Sekiranya mereka tahu perkara yang terkandung dalam solat ini, tentu mereka datang bersolat walaupun terpaksa merangkak.” Hadis ini direkodkan oleh Bukhari dan Muslim. Jika kita berangan-angan mahu masuk ke syurga, sedarlah yang syurga ini diharamkan bagi orang yang munafik. Audit diri dan iman kita, adakah solat Subuh kita sentiasa terjaga? Mudah-mudahan iman kita tidak dicemari dengan titik kemunafikan.
Untuk menyedarkan kita daripada tidur yang lena, seorang hamba Allah yang bernama Fahrur Mu'is dikurniakan ilham bagi menulis buku yang bertajuk “Ajaibnya Solat Subuh”. Tulisannya begitu tulus dan halus. Tulisannya amat menyentuh hati dan mampu menyuntik kekuatan untuk kita menyahut seruan “Hayya 'alassolah” pada dinihari yang sejuk dan mencabar bagi orang yang lena diulit mimpi.
Ajaibnya solat subuh dan beruntunglah orang yang bersolat Subuh. Lebih banyak lagi keajaiban solat Subuh yang dikupas dalam buku “Ajaibnya Solat Subuh” terbitan PTS Millennia ini. Dapatkannya segera di kedai-kedai buku yang berhampiran, atau beli secara online dengan diskaun istimewa di PTS Bookcafe, www.bookcafe.com.my
Pendahuluan Bab 1: Solat Subuh adalah Ujian Mengapa Perlu Ada Ujian? Ciri-Ciri Ujian Ujian yang Berat Bab 2: Mengapa Solat Subuh Terasa Berat? Perselisihan Aturan Malam dan Siang Waktu Nyenyaknya Tidur Bekerja Siang dan Malam Cinta pada Tidur dan Malas Bab 3: Mengenali Waktu Subuh Waktu Fajar Batas Waktu Solat Subuh Dahsyatnya Waktu Subuh Mungkinkah Kita Bangun pada Waktu Subuh? Bab 4: Keajaiban Solat Keutamaan Solat Keutamaan Solat Berjemaah Bab 5: Hikmah Solat Subuh Disaksikan oleh Malaikat Dimurahkan Rezeki Mendapat Perlindungan daripada Allah Solat Subuh Sama Nilainya dengan Solat Tahajud Sepanjang Malam Sumber Cahaya pada Hari Kiamat Antara Sebab Masuk ke Syurga Dapat Melihat Allah Menyelamatkan Kita daripada Seksa Neraka Lebih Baik daripada Dunia dan Seisinya Pengukur Tahap Keimanan Media Pendidikan bagi Umat Media Memperbaharu Iman Solat Subuh Adalah Istimewa Bab 6: Manfaat Solat Subuh dari Sudut Kesihatan Terapi Semula Jadi Pelbagai Penyakit Menguatkan Paru-Paru Meningkatkan Ketahanan Tubuh Bab 7: Akibat Mengabaikan Solat Subuh Malas Sepanjang Hari Dihina oleh SyaitanDimasuki Sifat Orang Munafik dalam Hati Tidak Mendapat Jaminan daripada Allah dan Rasulullah s.a.w. Tidak Disaksikan oleh Malaikat Tidak Mendapat Cahaya yang Sempurna ketika Melintas Sirat Terhalang daripada Melihat Allah Diancam dengan Seksaan Terjerumus dalam Kemaksiatan Diseksa dalam Kubur Bab 8: Tip Mudah Solat Subuh Ikhlas Azam yang Kuat Tidur Lebih Awal Menjauhi Dosa dan Maksiat Jangan Makan Terlalu Kenyang Selalu Mengingati Kelebihan Solat Subuh Mengikut Cara Tidur Rasulullah s.a.w. Menggunakan Cara yang Dapat Membantu Kita Bangun daripada Tidur Terus Berzikir dan Menyalakan Lampu ketika Bangun Berdoa Penutup Bibliografi Biografi Penulis |
No comments
Post a Comment