==============================
Format: Paperback
Saiz: 6'' x 9''
ISBN-13: 978-967-366-175-6
Tarikh Terbit: 10 Apr 2014
Jumlah Muka Surat : 288
Kategori: Islam, Fekah, Islam Umum
Penerbit: PTS Islamika Sdn Bhd
Penulis: Al-Qadhi Abu Syuja`
==============================
RM 30.00 |
Out-of-Stock |
Add to Cart |
Review
24 Jam Dipayungi Syariat adalah buku yang diinovasikan daripada sebuah kitab muktabar yang sahih dan masyhur, iaitu Matan Abi Syuja'.
Inilah kitab rujukan yang popular mengenai hukum-hakam dan fikah dalam
Mazhab Syafie. Kitab ini sudah disyarahkan oleh ramai tokoh ulama yang
tersohor di kawasan Nusantara, Syam, dan di negara-negara Arab.
Imam Abu Syuja', penulis kitab ini adalah ulama besar dalam mazhab
Syafie. Beliau dianugerahkan umur yang cukup panjang iaitu 160 tahun.
Sungguhpun begitu, Allah mengurniakan kepadanya tubuh badan yang sihat
dan pancaindera yang tetap berfungsi dengan sempurna walaupun sudah tua.
Ketika ditanya berkenaan anggota badannya, beliau menjawab, “Aku selalu
berusaha menjaga anggota badanku. Sejak kecil lagi aku tidak pernah
menggunakannya bagi melakukan maksiat. Disebabkan itu, Allah s.w.t
menjaganya pada saat aku memasuki usia senja.”
Kitab ini adalah rujukan yang terbaik dalam Mazhab Syafie, terbaik dari
segi cara kajian dan isi kandungannya. Perbahasannya lengkap merangkumi
semua bab fikah, ketentuan hukum, masalah dalam ibadah, urusan seharian
dan sebagainya. Bahasanya mudah dan indah, penjelasannya ringkas dan
padat. Ini memudahkan setiap orang yang mahu mendalami agama untuk
memahaminya.
Sesuai dengan zaman moden dan hasil perkembangan industri penerbitan,
kitab muktabar ini dipersembahkan kepada para pembaca umum dalam bentuk
buku yang lebih menarik. Buku ini dilengkapi dengan gambar yang berwarna
dan menarik untuk memudahkan lagi pemahaman pembaca. Teks asal kitab
ini dalam bahasa Arab turut disertakan disebelah teks bahasa Melayu
untuk rujukan pembaca umum ataupun para pengajar yang mensyarahkan buku
ini.
Semoga dengan buku ini, syariat memayungi hidup kita semua dan memandu
kita menuju ke syurga. Manfaatnya amat besar bagi umat Islam di Malaysia
yang menjadi Mazhab Syafie sebagai rujukan utama dalam kehidupan
seharian. Semoga setiap rumah umat Islam di Malaysia dapat memiliki buku
ini untuk dijadikan rujukan utama.
Isi Kandungan
Kata Pengantar
Mukadimah Penterjemah
Biografi Al-Qadhi Abu Syuja'
Kata Penghargaan
Salasilah Buku Matan Abi Syuja'
Mukadimah
Bab 1: Bersuci
Bab 2: Solat
Bab 3: Zakat
Bab 4: Puasa
Bab 5: Haji
Bab 6: Jual Beli
Bab 7: Faraid dan Wasiat
Bab 8: Nikah
Bab 9: Jenayah
Bab 10: Hudud
Bab 11: Jihad
Bab 12: Buruan dan Sembelihan
Bab 13: Berlumba dan Memanah
Bab 14: Sumpah dan Nazar
Bab 15: Pengadilan dan Persaksian
Bab 16: Memerdekakan Hamba
Jadual Ukuran
Bibliografi
|
No comments
Post a Comment