Sebagai muslim, pasti sedar bahawa lafaz
'Mauizhah' adalah salah satu ungkapan yang terkandung dalam al-Quran. Ia
membawa maksud 'Peringatan' daripada Allah SWT. Ini kerana kebanyakan
manusia di dunia ini menjadi sasaran musuh utama mereka iaitu Syaitan
dan Iblis yang sentiasa tidak memberi peluang dan ruang untuk mereka
menjadi baik. Justeru, makhluk terkutuk itu sedaya upaya mungkin
mengadakan pelbagai pendekatan yang bersifat seronok agar manusia
tersungkur menjadi hamba nafsu yang merugikannya di akhirat. Namun Allah
SWT tidak akan membiarkan hamba-hambaNya yang solih turut terjerumus
dalam kancah yang merugikan akhirat mereka, maka Allah menyediakan bagi
mereka 'Mauidzah' agar mereka menggunakannya sebagai jalan untuk
selamat. Al-Quran yang bersifat panduan terutama dalam membina kahlak
dan jati diri muslim sejati berpaksikan al-Quran dan hadis-hadis baginda
SAW. Buku 'Nikmat Taman Syurga' ini adalah kesinambungan buku
'Mauizhah'.
Ia lebih bersifat penjelasan kepada kitab 'Mauizatul Mukminin' karya Syeikh Jamaluddin al-Qasimi iaitu ringkasan daripada kitab agung 'Ihya' Ulumiddin' karya Imam al-Ghazali yang diakui berkesan dalam membangun jiwa manusia melalui aspek akhlak sesama muslim melalui hubungan silaturrahim dan sebagainya. Buku ini dipersembahkan kepada masyarakat hari ini memandangkan isu-isu yang berlaku dalam kalangan mereka berkisar mengenai akhlak yang tidak seimbang dunia dan akhirat. Mudah-mudahan ia menjadi sumber rujukan yang bersifat realiti buat umat Islam.

===========================
Format: Paperback
Saiz: 6'' x 9''
ISBN-13: 9789673610877
Tarikh Terbit: 2013
Jumlah Muka Surat: 488
Format: Paperback
Saiz: 6'' x 9''
ISBN-13: 9789673610877
Tarikh Terbit: 2013
Jumlah Muka Surat: 488
Berat (Kg): 0.48
Penulis: Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat
===========================
RM 28.00 |
Add to Cart |
No comments
Post a Comment