Malaysia dirahmati dengan hasil mahsul
tidak ternilai, dikurniakan juga petroleum sebagai sumber alam paling
berharga. Dengan pendapatan per kapita berjumlah USD 9,970 dan PETRONAS
berterusan memberi sumbangan besar 40% kepada pendapatan kerajaan,
Malaysia mempunyai segala ramuan lengkap yang diperlukan untuk maju.
Walaupun demikian, kekal misteri kenapa
dan bagaimana sebuah negara kecil dengan hanya 30 juta penduduk berupaya
mengejutkan semua dengan memegang gelaran sebagai negara dalam rantau
ini dengan jurang terbesar kaya dan miskin.
Adakah kita semua warga biasa, menghargai kekayaan yang dimiliki Malaysia dan memahami bagaimanakah kekayaan ini dimanfaatkan?
Dalam himpunan karangan ini, penulis cuba
membongkar bagaimana sumber minyak dan gas dibangunkan dan sama ada
ianya dieksploitasi untuk manfaat umum atau sebaliknya. Dinamik royalti
minyak juga dijelaskan, langkah demi langkah, dengan penerangan yang
terperinci.
Bagaimana eksploitasi sumber yang pantas
berkurangan ini memainkan peranan penting dalam realiti kepelbagaian
sosio-ekonomi yang kita hadapi – daripada hutang isi rumah kepada
ketidaksamaan pendapatan, FDI yang rendah, gaji pekerja yang tidak
berganjak dan tahap pendidikan yang lemah dalam semua kedudukan
antarabangsa?
Perlukah Malaysia menandatangani
Perjanjian Perkongsian Rentas Pasifik (TPPA)? Benarkah ianya perdagangan
bebas atau bertopengkan penjajahan bentuk baru?
Apakah itu Mitos Kaya dan Miskin? Adakah
Malaysia sebuah Negara Berpendapatan Tinggi dengan Rakyat Berpendapatan
Rendah? Bagaimanakah hasil kekayaan negara dapat dikongsi bersama?
Bagaimana sistem pendidikan dapat meningkatkan taraf hidup golongan
miskin dan memberikan mobiliti sosial? Kegagalan berterusan dalam sistem
pendidikan dan semangat kesukarelawan pendidikan dilihat sebagai antara
jalan keluar daripada kebobrokan itu.
Kritikan terhadap ketempangan sistem
pendidikan menimbulkan persoalan lain. Adakah sistem sekolah moden
pengkhianat pendidikan? Adakah pendidikan kebangsaan gagal? Wajarkah
kita mengajar Falsafah di universiti? Adakah masa sudah tiba untuk
menggantikan falsafah pendidikan sedia ada dengan pedagogi Cinta; dan
membebaskan pendidikan?
Pencarian penulis untuk pencerahan kepada
soalan-soalan sukar menjadi titik penting buku ini, di mana campuran
idea, cita-cita dan usulan kritis bertaut menjadi satu. Wacana
pemikiran di dalam buku ini bukan milik mutlak penulis semata-mata.
Dengan rendah diri ia ingin dikongsi bersama umum dengan harapan yang
ianya akan menerobos masuk ke dalam ruang awam. Dan sehingga ke titik
akhir- berjuanglah!
===========================
Format: Paperback
Saiz: 5" x 7”
ISBN: 9789832344230
Format: Paperback
Saiz: 5" x 7”
ISBN: 9789832344230
Jumlah Muka Surat: 264
Berat (Kg): 0.30
Berat (Kg): 0.30
Penulis: Anas Alam Faizli
===========================
===========================
RM 25.00 |
Add to Cart |
|
No comments
Post a Comment