Format: Paperback
ISBN-13: 978-967-5564-64-2
Tarikh Terbit: 8 Mar 2011
Jumlah Muka Surat :309
ISBN-13: 978-967-5564-64-2
Tarikh Terbit: 8 Mar 2011
Jumlah Muka Surat :309
Berat (kg): 0.45
=============================
Madinah.
Inilah kota nabi. Tempat nabi dihargai, disayangi dan dilindungi.
Bukan sekadar kota, bahkan Madinah itu negara. Negara dengan pentadbiran yang adil dan saksama, seimbang jiwa serta jasad.
Lebih daripada itu, Madinah juga adalah peradaban. Tapak permulaan tamadun, rahmat buat seluruh alam.
Madinah sebagai kota, negara dan peradaban, semuanya disusuri dalam buku ini.
Madinah: Kota yang Bercahaya menceritakan
kisah kota penyimpan keistimewaan makna dan nilai. Di Mekah, Islam
ditentang dan diperangi kafir Quraisy. Namun di Madinah, Islam diterima
dengan dada yang lapang dan gegak-gempita. Inilah kota tujuan terakhir
nabi yang amat dicintainya. Walaupun selepas Mekah dibuka, nabi tetap
tidak menetap di sana. Nabi pulang dan tinggal di Madinah.
Madinah: Kota yang Bercahaya menjelaskan
perihal keajaiban negara Madinah. Binaan terkukuhnya bukan bangunan.
Namun binaan itu adalah persaudaraan, toleransi dan perdamaian. Begitu
sederhana namun kuat. Benar-benar kuat sehingga 10 000 musuh pun tidak
terlawan dengan 3 000 muslim.
Madinah: Kota yang Bercahaya melihat
Madinah sebagai sebuah potret peradaban. Bermula daripada hijrah yang
meraikan kebenaran berbanding kekuasaan, kepada pusat tamadun yang
memayungi dunia, Madinah kekal di sana. Bukan sekadar tempat pada peta
geografi, bahkan daerah dalam diri.
Membaca
dan terus membaca, akhirnya, yang datang itu rindu. Rindu kepada kota
yang selalu ada dalam hati kita. Di tengah-tengah kemodenan yang
mengeringkan jiwa, kerinduan kepada Madinah pasti selalu bertandang.
RM 18.90 |
Add to Cart |
This is a tab-section Edit the text within this box/table in Blogger editor easily & this panel automatically displays & styled automatically on product pages. Use Blogger "Remove Formatting" functions to remove copied & paste texts alignment, fonts, text colours & text styles etc. |
No comments
Post a Comment