Buku Halal dan Haram dalam Islam karangan Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi ini adalah cetakan yang ke-70 ataupun lebih (tidak dapat dipastikan). Beliau berdoa semoga buku ini memberi manfaat kepada penulis, penerbit, dan pembacanya. Beliau juga berdoa semoga umat Islam dapat menjaga tingkah laku selari dengan hukum-hakam yang terkandung dalam Al-Quran dan sunnah tanpa menghiraukan ideologi-ideologi yang diimport daripada luar.
Kelainan Buku Halal dan Haram dalam Islam Edisi Kemas Kini:
- Al-Qaradhawi menambah baik isi kandungan berbanding cetakan sedia ada sejak lebih 40 tahun yang lalu.
- Hadith-hadith dalam buku ini dijelaskan sumber dan martabatnya berbanding buku sebelum ini yang ringkas.
- Beberapa hadith yang dilihat tidak perlu dalam edisi sebelum ini dibuang. Namun, ia tidak menjejaskan hukum asal yang terkandung dalam buku ini.
Al-Qaradhawi turut memuatkan lampiran soalan-soalan berbangkit pembaca buku Halal dan Haram dalam Islam yang sebelumnya. Antara soalan, kritikan, dan jawapan yang dikemukakan dalam buku ini adalah:
- Hukum mengharaman sembelihan orang Majusi kerana mereka adalah Musyrikin.
- Isu susunan ayat-ayat Al-Quran tentang arak.
- Isu aurat wanita di hadapan lelaki ajnabi.
- Hukum harus isteri melayan tetamu suami.
- Hukum mengharuskan onani bagi mereka yang mempunyai kehendak naluri seks yang kuat.
- Isu pengharaman kahwin mut'ah.
- Hukum perancangan keluarga dan faktor-faktor yang mengharuskannya.
- Isu talak ke atas isteri yang sedang haid.
- Isu pengharaman dadu dan pendapat yang memberi keringanan bermain dadu sekiranya tiada unsur taruhan.
.===========================
Format:
Paperback
Saiz:
7" x 10”
ISBN-13:
978-967-411-644-6 Tarikh Terbit:
15 Mac 2016
Jumlah Muka Surat:
896 Berat (Kg):
1.57
Penulis:
Dr. Yusuf Al-Qaradhawi
Penerbit:
PTS
Kategori:
Agama
Genre:
Fiqh ===========================
Beli buku ini dan pilih penghantaran SAME DAY DELIVERY untuk menikmati FREE SHIPPING. Hanya untuk penghantaran ke Kuala Lumpur, Putrajaya & Sekitar Selangor (Kawasan tertentu shj.) bagi pembelian sebelum pukul 12 tengah hari, hari yang sama.
ISI KANDUNGAN
Bahagian 1: Prinsip-Prinsip dalam Hal Halal dan Haram dalam Islam
Bahagian 2: Halal dan Haram dalam Kehidupan Islam
- Makanan dan minuman
- Pakaian dan perhiasan
- Di dalam rumah
- Pendapatan dan kerjaya
Bahagian 3: Halal dan Haram dalam Ikatan Perkahwinan dan Kehidupan Berkeluarga
- Aspek naluri
- Ikatan perkahwinan
- Hubungan suami isteri
- Perancangan keluarga
- Hak-hak pergaulan suami isteri
- Hubungan antara ibu bapa dan anak-anak
Bahagian 4: Halal dan Haram dalam Kehidupan Muslim
- Kepercayaan dan tradisi
- Muamalat
- Hiburan dan rekreasi
- Hubungan soaial
- Hubungan pemerintah dan rakyat
Bahagian 5: Halal dan Haram yang Berkaitan dengan Amalan Hati
Bahagian 6: Lampiran
- Pendahuluan
- Surat Al-Allamah Syeikh Ibnu Baz terhadap isu yang berputar di sekitar buku saya, Halal dan Haram
- Surat jawapan ringkas kepada Al-Allamah Ibnu Baz
- Respons terhadap kritikan Syeikh Al-Albani dalam buku beliau, Ghayatul Maram fi Takhrij Ahadith Al-Halal wa Al-Haram
- Jawapan balas terhadap tulisan Syeikh Al-Fauzan
- Jawapan terhadap pengulas buku Halal dan Haram, cetakan Darul I'tisom
- Bantahan terhadap komentar Syeikh Abdul Hamid Tohmaz
- Penutup
. |
No comments
Post a Comment