Nabi Muhammad s.a.w. menjelaskan, solat adalah tiang agama dan juga amalan pertama yang akan diperiksa di akhirat kelak. Sekiranya solat seseorang itu baik, sesungguhnya dia berjaya dan beruntung. Namun, sekiranya solatnya buruk, dia termasuk golongan yang gagal dan rugi.
Buku ini memiliki keistimewaan tersendiri sebagai buku panduan solat yang ringkas namun padat, mudah, praktikal, serta lengkap dengan rajah, ilustrasi, serta gambar langkah demi langkah. Kandungannya ringkas kerana buku ini hanya membincangkan perkara-perkara yang penting sahaja. Ini menjadi mudah kerana bahasanya ringkas dan juga praktikal kerana disampaikan langkah demi langkah bermula daripada membasuh kedua tangan ketika berwuduk sehingga memberi salam.
Buku ini lengkap kerana merangkumi semua isu dalam solat, iaitu tata cara, makna, kelebihan, kesalahan umum, tip-tip, perbezaan antara imam, makmum, dan individu yang solat bersendirian serta hal-hal yang lain. Selain itu, turut dimuatkan imej, gambar rajah, serta ilustrasi bagi menyokong kandungan buku. Semua hadith dalam buku ini kami pilih dengan teliti, iaitu hanya hadith yang sahih dan benar disahkan oleh pakar-pakar hadith.Semoga buku ini dapat memudahkan umat Islam dalam mempelajari dan mendirikan solat yang sempurna seperti yang diajar oleh Nabi Muhammad s.a.w. Semoga tulisan ini berfaedah untuk kita semua serta usaha penulis ini diterima oleh Allah s.w.t. Akhir kata dan sekali lagi, segala puji hanya untuk Allah, Tuhan sekalian alam.
===============================
Format: Paperback
Saiz: 6" x 9"
ISBN-13: 978-967-0142-29-6
Tarikh Terbit: 14 Jun 2014
Jumlah Muka Surat : 176
Saiz: 6" x 9"
ISBN-13: 978-967-0142-29-6
Tarikh Terbit: 14 Jun 2014
Jumlah Muka Surat : 176
Berat (KG): 0.26
Kategori: Islam, Doa & Amalan, Fekah
Penerbit: PTS Millennia Sdn Bhd
Penulis: Muhammad Suhadi
===============================Harga Asal :
RM 19.80 |
Add to Cart |
Bab 1: SOLAT ANUGERAH TERINDAH Makna Solat Solat adalah Ibadah Sepanjang Masa Erti Mendirikan Solat Mengapa Perlu Solat? Keistimewaan Solat Keutamaan Solat Rahsia Solat Hukum Meninggalkan Solat Khusyuk dalam Solat Cara Khusyuk dalam Solat Teknik Melatih Anak Rajin Solat Anjuran Solat Berjemaah Kelebihan Solat Berjemaah Faedah dan Kebaikan Solat Berjemaah Situasi yang Membolehkan Tidak Solat Berjemaah Etika di Masjid Di Mana Kita Boleh Bersolat? Bab 2: PERSIAPAN SEBELUM SOLAT Bersuci Keutamaan Wuduk Fardu dan Sunat Wuduk Perkara Makruh ketika Wuduk Perkara yang Membatalkan Wuduk Cara Berwuduk Langkah Demi Langkah Mengusap Khuf atau Kasut Tayamum Menutup Aurat Azan dan Iqamat Bab 3: CARA MENGERJAKAN SOLAT Waktu-Waktu Solat Jadual Waktu Solat Fardu Waktu-Waktu Dilarang Solat dan Pengecualiannya Syarat dan Rukun Solat Jadual Rukun, Wajib, dan Sunat Solat Cara Solat Menurut Amalan Nabi Zikir Selepas Salam Perkara Makruh dalam Solat Perkara yang Dibenarkan dalam Solat Perkara yang Membatalkan Solat Bacaan Nabi Muhammad dalam Solat Doa Qunut dalam Solat Imam dan Makmum Meluruskan Barisan Sebelum Solat Mengikuti Imam Kedudukan Imam dan Makmum Mengqada Solat Bab 4: SOLAT-SOLAT LAIN Solat Jumaat Syarat-Syarat Solat Jumaat Keutamaan Hari Jumaat Aktiviti Sebelum Solat Jumaat, Sebelum Khutbah, dan Ketika Khutbah Ukuran Mendapat Solat Jumaat Solat Orang yang Uzur Solat bagi Orang Sakit Solat Khauf Solat-Solat Sunat Keutamaan Solat Sunat Klasifikasi Solat Sunat Solat Sunat Rawatib Dua Rakaat Sebelum Subuh Solat Sunat Rawatib Ghairu Muakkadah Solat Sunat Ghairu Rawatib Bab 5: JENIS-JENIS SUJUD Sujud Solat Fardu dan Solat Sunat Sujud Sahwi Sujud Tilawah Sujud Syukur |
No comments
Post a Comment