Kesatuan Melayu Muda (KMM) merupakan
parti politik Melayu pertama ditubuhkan pada tahun 1938 dan dipimpin
oleh Ibrahim Yaacob. KMM sering dianggap sebagai pelopor jalur politik
moden Melayu yang dirujuk sebagai 'Golongan Kiri Melayu'. Secara
umumnya, ahli sejarawan bersetuju bahawa politik moden Melayu terbahagi
kepada dua jalur yang ketara - kiri dan kanan - sejak 1930-an. Dua jalur
ini dibezakan oleh penolakan dan juga kedekatan mereka dengan
kecenderungan dan ideologi kiri; latar belakang pendidikan pimpinan
mereka dan keluasan pengaruh Indonesia. Kajian ini meletakkan konteks
asal usul Golongan Kiri Melayu dalam kerangka struktur sosial yang
berubah semasa persekitaran kolonial pada dekad 1930-an, khususnya
kemunculan elit baru yang secara sosialnya berbeza daripada aristokrat
tradisional. Dihujahkan bagaimana elit baru ini semakin tidak berpuas
hati dan hilang sabar terhadap kepimpinan tradisi dalam perjuangan
menentang pentadbiran kolonial dan mengusahakan pembentukan masyarakat
majmuk.
===========================
Format: Paperback
Saiz: 6" x 9”
ISBN: 9789675832307
Format: Paperback
Saiz: 6" x 9”
ISBN: 9789675832307
Jumlah Muka Surat: 80
Berat (Kg): 0.17
Berat (Kg): 0.17
Penulis: Rustam A. Sani
===========================
===========================
RM 18.00 |
Add to Cart |
No comments
Post a Comment