Setelah kepada Allah dan Rasul-Nya, kami bersyukur dan berterima kasih tiada terhingga kepada para syeikh atau guru kami; rujukan duduk mendengar hadis. Melalui mereka, kami mendengar dan memahami hadis Baginda Rasulullâh SAW. Mereka itu di antaranya:
- Syeikh Dr. Ahmad Shâdiq (Beliau bersama Syeikh Thantawi (Grand Syeikh al-Azhar 1996-2010), Syeikh Sayyid Sabiq (Fiqhu s-Sunnah), dan Syeikh Muhammad Bakr ismail (pengarang al-Fiqh al-Wadhih); mereka berguru kepada Syeikh Mahmud Syaltut (Grand Syeikh al-Azhar 1958-1963).
- Syeikh Prof. Dr. Umar Hasyim
- Syeikh Prof. Dr, Nashr Farid Washil
- Syeikh Prof. Dr, Ali Jumu'ah
- Syeikh Prof. Dr. Ali as-Salûs
- Syeikh Dr. Nadir al-'Anbatawy
- Syeikh Dr. Shabri Abdur Ra`ûf
- Syeikh Dr. Ahmad Yusri
- Syeikh Dr. Abdurrahman al-'Adawiy
- Syeikh Ibrahim Abdul Ba'its al-Kattani
- Syeikh Nuruddin Marbu al-Banjarisyamail
- Syeikh Yusuf bin Ahmad
Mereka inilah yang wajahnya melintas dalam pikiran dan idea kami ketika mengusahakan edisi terjemahan ini. Semoga Allah menempatkan mereka di tempat mulia di sisi Allah SWT; allâhumma âmîn.
Sungguh, ketika proses terjemahan ini menapak pada bab akhir: Bab Kewafatan Rasulullah, rasa gembira kerana amal ini akan selesai langsung berganti perasaan sedih dan haru. Kesedihan yang begitu hebat; seakan-akan saat itu Rasulullah baru sahaja wafat.
"Wulida l-Hudâ; sang Petunjuk telah lahir." Mari memperbanyakkan selawat dan salam kepada Baginda S.A.W, serta menghidupkan sunnah-sunnahnya, semoga kita dikumpulkan bersama Baginda dan orang-orang pilihan-Nya, allâhumma âmîn. Wahai Rasulullâh, aku merindukanmu.
Kaherah, Rabi'ul Awwal 1431 H.
al-faqir ilâ 'afwi wa rahmati Rabbihî
Muhammad Masnur Hamzah
===========================
Format: Hardcover
ISBN-13: 978-967-366-064-3
Tarikh Terbit: 20 Jan 2011
Jumlah Muka Surat : 390
Berat(kg): 0.63
Penulis: Imam At-Tirmidzi
===========================
RM 35.00 |
Out-of-Stock |
Add to Cart |
Yang kami lakukan dalam amal sederhana ini, hanyalah:
Rujukan Utama Dalam Menyelesaikan Edisi Terjemahan Ini
* * * * *
Dengan sanad bersambung kepada Imam Tirmizi semoga Allah mengasihinya. |
No comments
Post a Comment