Buku ini mengajak para pembaca menelusuri dan menghayati
sejarah perjuangan insan-insan hebat iaitu perjuangan tokoh-tokoh
wanita Islam pada zaman silam yang perlu menempuh pelbagai cabaran dan
pahit maung dalam perjuangan menegakkan Islam. Kisah hidup mereka perlu
dijadikan pedoman dan juga teladan kepada umat selepas mereka di samping
sebagai peringatan dan panduan dalam mengemudi bahtera kehidupan.
Hakikatnya, mereka sudah berjaya meletakkan penanda yang terbaik dalam
meniti tahap perjuangan. Mereka juga berjaya mengangkat martabat wanita
sehinggakan nama dan kisah sebahagian daripada mereka terus tercatat
dalam lembaran sejarah dan wahyu Ilahi. Kisah-kisah mereka yang disebut
dalam Quran seperti pengalaman menyayat hati dan kesukaran para isteri
Rasulullah membantu usaha beliau dalam menegakkan Islam iaitu ketika
beliau diperintahkan supaya berdakwah kepada umatnya menuju jalan
kebenaran dan cahaya Islam.
Setiap peristiwa yang tercatat dalam Quran mempunyai
hikmahnya yang tersendiri kepada umat manusia terutama kepada kaum
wanita. Wanita adalah tunggak utama dalam kehidupan berumah tangga
kerana wanita yang melahirkan serta mendidik anak-anak iaitu pewaris
generasi akan datang. Penglibatan tokoh-tokoh wanita dalam menegakkan
agama suci Allah tidak boleh dianggap remeh. Ia adalah titik tolak
kepada kemenangan Islam itu sendiri. Bahkan kejayaan, kemenangan dan
keunggulan mereka sebagai srikandi terbilang sememangnya tercatat dalam
lipatan sejarah dan tidak boleh dipertikaikan. Peranan mereka
sememangnya terlalu besar dalam menonjolkan peribadi unggul sebagai
tatapan generasi dan umat masa kini yang perlu dijadikan sebagai role model dan boleh diketengahkan sebagai idola kepada wanita hari ini dalam merencanakan kehidupan mereka.
Tokoh muslimah yang diketengahkan ini mampu memberikan
impak yang besar kepada kita yang ketandusan tokoh-tokoh yang dapat
memenuhi kriteria sebagai srikandi yang cemerlang dalam segenap segi
terutama dalam mentarbiah anak bangsa supaya berjaya dan berjiwa besar
serta bangkit menjadi idola pemangkin kepada generasi akan datang.
Justeru, penting bagi kita menyoroti kisah hidup, kehebatan, titik tolak
kejayaan dan rahsia besarnya jiwa mereka dalam meraih keunggulan
daripada segi peribadi, sahsiah, perwatakan dan sebagainya.
=========================
Format: Paperback
Saiz: 6" x 9"
ISBN-13: 978-967-411-415-2
Tarikh Terbit: 7 Jan 2015
Jumlah Muka Surat : 212
Saiz: 6" x 9"
ISBN-13: 978-967-411-415-2
Tarikh Terbit: 7 Jan 2015
Jumlah Muka Surat : 212
Berat (KG): 0.32
Penulis: Sakinah Salleh
=========================
RM 19.00 |
Add to Cart |
No comments
Post a Comment